DIJAMIN HALAL. PRODUK MUSLIM BUMIPUTERA. DIYAKINI BERSIH.
Siapakah HASZ?
HASZ adalah jenama Produk Sejukbeku Muslim Bumiputra yang menawarkan pelbagai produk berasaskan daging halal, termasuk bebola, patty burger, sosej, produk kisar, coldcut, serta makanan bergoreng. Dilancarkan pada April 2024, HASZ bertujuan untuk memenuhi keperluan pengguna yang mencari produk halal, berkualiti tinggi serta capai citarasa pelanggan.
Sejak Bila HASZ bermula?
Diterajui oleh pasukan berpengalaman dalam pemprosesan daging halal sejak 2005, pusat pemprosesan HASZ yang terletak di Rawang, Selangor, mampu menghasilkan sehingga 200 tan produk sebulan. Pusat ini telah mendapat pengiktirafan Halal untuk produk dan premis, serta sijil keselamatan makanan Mesti.
Apakah Komitmen HASZ?
Hasz adalah jenama yang mengutamakan kualiti, halal, dan keselamatan makanan. Kami menggunakan bahan berkualiti tinggi, mematuhi piawaian halal yang diiktiraf, dan mengikuti garis panduan keselamatan makanan yang ketat. Ini memastikan produk kami selamat, bersih, dan sesuai untuk dinikmati oleh semua pengguna.